TAFAKKUR - Ash Princess Kawaii
Breaking News
Loading...
08 Desember 2020

TAFAKKUR

Desember 08, 2020

 

Tafakur ialah proses menggunakan akal fikiran disertai hati untuk memahami maksud dari sesuatu perkara. Ia adalah satu proses untuk membuka pintu kefahaman terhadap sesuatu perkara. Tafakur sejenis dari zikir dan ia lebih tinggi darjatnya kerana zikir diumpamakan seperti proses menginstall software , sementara tafakur pula ialah berfikir bagaimana untuk mengaplikasikannya agar tercapai maksud dari penginstallan software.

Maka barangsiapa yang benar-benar tafakur akan kejadian ciptaan Allah pada dirinya, nescaya dia akan menyaksikan wajah . Keagungan dan KeindahanNya pada dirinya. Sesungguhnya insan adalah makluk yang paling dicintaiNya, justeru itu ia dicipta dari tanganNya dengan penuh cinta dan kelembutan, maka akan murka diriNya jika insan tiada mencintaiNya, bertasbih, beribadah dan bersyukur padaNYa. Sesungguhnya Allah mencipta insan tiada lain melainkan untuk insan menyaksikan wajahNya di alam ini (al-Baqarah:115) dan kemudian memujiNya dan beribadah yang selayak bagi diriNYa yakni dengan jalan mengikuti ibadah Rasulullah s.a.w.

Oleh kerana tafakur adalah sejenis daripada zikir, sementara zikir adalah salah satu wasilah penyucian jiwa. Zikir ada dua jenis ; zikir hasanat dan zikir darjat. Zikir hasanat ialah apa-apa zikir yang warid dari sunnah Rasulullah saw dan zikir darjat pula adalah lebih khusus iaitu zikir yang diambil dari para masyayikh secara bersanad. Zikir darjat bukan sahaja mampu menanggalkan daki kekotoran dalam jiwa bahkan mampu membuka rahsia ketuhanan.

Justeru bagi mereka yang ingin mengamalkan tafakur ini sebaiknya mencari para murabbi yang benar dan berada di bawah dagu mereka menerima tarbiyah.

Dicatat oleh Pinangso Loro di 9:41 PG kalimah-kalimah-suci.blogspot.com

0 Comments:

Posting Komentar