Syeikh Ibnu 'Athaillah As-Sakandary berkata, "Apabila Allah swt hendak menampakkan anugerah keutamaanNya padamu, maka Allah menciptakan amal bagimu dan mengaitkan amal itu kepadamu."
Yakni, Allah menciptakan kemampuan untukmu untuk beramal dan beribadah dan memberikan pertolongan agar dirimu menuju kepadaNya, bahkan mengembalikan amaliyah itu kepadamu. Allah swt, menciptakan ta’at, dan mengaitkan taat itu kepada kita, memberi pahala kepada kita, padahal seseungguhnya itu tidak layak bagi kita. Anugerah luar biasa, bagaimana sampai Allah swt, memberikan anugerah itu, seakan-akan itu amal baik dan taat kita, padahal itu semua ciptaan Allah Ta’ala pada kita, bukan ciptaan kita, bukan ikhtiar kita.
Di sinilah Ibnu Athaillah as-Sakandary mengingatkan: “Tak habis-habisnya engkau mencaci dirimu, manakala semua itu dikembalikan padamu. Dan tidak habis-habisnya pujianmu manakala Allah swt, itu menampakkan kemurahanNya kepadamu.” Sebab, diri kita, ditinjau dari kewujudan kita yang asli, tak lebih dari wujud kekurangan, wujud keragu-raguan, wujud kehinaan dan wujud kefakiran. Sedangkan jika dipandang dari segi anugerahNya kepada kita, maka segalanya adalah wujud kebajikan dan keutamaan.
Begitu pula kelak di akhirat, manakala yang muncul adalah diri kita, maka kita berada dalam timbangan KeadilanNya, lalu menjadi wajar kalau KeadilanNya yang nampak, justru kita semua masuk neraka, apa pun amal dan ibadah yang kita lakukan. Kerana dosa itu, sebesar apa pun sesungguhnya bukan menjadi penyebab seseorang masuk neraka. Manusia masuk neraka kerana keadilanNya. Dan jika KeadilanNya yang tampil, maka seluruh kebaikan kita tak berarti, kerana sesungguhnya bila ditimbang dengan KeadilanNya, amal perbuatan kita, ternyata bukan dari diri kita, bukan hasil dan ciptaan kita, namun ciptaan Allah swt, kehendakNya dan KuasaNya.
Sebaliknya bila yang dimunculkan adalah Anugerah dan RahmatNya, maka seluruh amal kita yang nampak adalah anugerah Ilahi semua, dan di sanalah tiket ke Syurga, kerana anugerah dan rahmatNya pastilah menyertai perjalanan kita menuju Allah swt. Segala apa pun yang disedari kerana bersamaNya, anugerah dan rahmatNya, akan menjadi mudah. Dan sebaliknya apa pun mudahnya kalau kita hanya bersama diri kita, mengandalkan diri dan amal perbuatan kita, pastilah gagal dan mengamali kesulitan luar biasa. (Al Hikam).
Dicatat oleh Pinangso Loro di 7:39 PG kalimah-kalimah-suci.blogspot.com
0 Comments:
Posting Komentar