DEFINISI KASYAF MENURUT ULAMA TASAWUF - Ash Princess Kawaii
Breaking News
Loading...
08 Desember 2020

DEFINISI KASYAF MENURUT ULAMA TASAWUF

Desember 08, 2020

 


Meluruskan faham terhadap pengertian Kasyaf (Bukanlah Ahli Tasawwuf dan Ahli Tareqah beribadah semata-mata mencari Kasyaf). Sayyid berkata: “Firasat secara etimologi bererti ketetapan dan penglihatan. Sedangkan menurut istilah ahli hakikat, firasat bererti terbukanya keyakinan dan menyaksikan yang ghaib (Sayyid, Ta’riffat as-Sayyid, hlm 10). Ibnu Ujaibah berkata: Firasat adalah fikiran yang menyerang hati, atau sesuatu yang nampak di dalamnya. Biasanya dia tidak akan salah, apabila hati itu bersih. Dalam hadis disebutkan:

اتقوا فراسة المؤمن، فإنه ينظر بنور الله

Ertinya: “Takutlah kalian akan firasat orang mukmin, sebab dia melihat dengan cahaya Allah” (HR.Tirmidzi)

Firasat berbeza-beza sesuai dengan tingkat kekuatan kedekatan dan makrifat kepada Allah. Semakin kuat kedekatan dan makrifat, maka firasat akan semakin benar. Sebab, apabila jiwa sudah dekat kepada al-Haq, maka tidak akan tampak di hatinya kecuali kebenaran. (Ahmad Ibn Ujaibah, Mi’raj at-Tasyawwuf ila Haqa`iq at-Tashawwuf, hlm 18).

Kasyaf merupakan cahaya yang menghantarkan para salik untuk sampai kepada Allah. Dia buka penghalang/hijab pandangan bagi mereka, dan menghilangkan sebab-sebab yang tersurat dari diri mereka, sebagai hasil dari Mujahadah, Khalwat dan Zikir yang mereka lakukan. (Al-Ghazali berkata, “sesungguhnya kesucian hati dan penglihatannya dapat dicapai dengan zikir. Dan ini tidak akan boleh dilakukan kecuali orang-orang yang bertaqwa. Taqwa adalah pintu zikir, zikir adalah pintu Kasyaf dan Kasyaf adalah pintu kemenangan terbesar iaitu bertemu dengan Allah” * Ihya ‘Ulum ad-Din, Vol.III,hlm 11).

Penglihatan mereka akan tercermin dalam mata hati mereka. 

Mereka akan melihat dengan cahaya Allah. Ukuran waktu dan tempat akan hilang dari hadapan mereka. Mereka akan dapat menyaksikan alam-alam Allah yang tidak akan boleh disaksikan/dilihat oleh orang yang masih terikat dengan syahwat, keraguan, bid`ah dalam aqidah dan gangguan syaitan. Oleh kerana itu, hal ini tidak boleh dilakukan kecuali oleh orang yang memiliki hati yang bercahaya dan sihat, yang hilang darinya cahaya dunia dan segala kepalsuannya, dan telah musnah darinya segala keraguan dan ganguannya, serta yang penuh dengan kebendaan dan bahayanya.

Barangsiapa menjaga pandangannya dari hal-hal yang diharamkan, menjauhkan dirinya dari semua syahwat, membangun hatinya dengan pengawasan Allah, dan biasa memakan makanan yang halal, maka Kasyaf dan Firasatnya tidak akan salah. Dan barangsiapa selalu melihat kepada yang haram, maka jiwanya yang gelap akan berhembus ke dalam hatinya dan memadamkan cahayanya.

Pokok dari kasyaf adalah apabila seorang hamba berpaling dari pandangan zahirnya kepada pandangan batinnya, maka jiwanya akan menguasai sifat kebinatangan yang ada pada tubuhnya. Dan jiwa adalah cahaya yang lembut dan menyinari. Ketika itu, dia akan mampu menyingkap tabir dan memperoleh ilham.

Ibnu Khaldun berkata, “Mujahadah, khalwat dan zikir biasanya akan diiringi oleh terbukanya penghalang pandangan dan kemampuan untuk menyaksikan alam-alam Allah. 

Roh adalah sebahagian dari alam tersebut. Adapun yang menjadi penyebab Kasyaf ini adalah apabila roh berpindah dari pandangan zahir menuju pandangan batin, maka pandangan (zahir) akan menjadi lemah dan roh akan menjadi kuat. Akhirnya roh akan menguasai kekuatan zahirnya dan menjadi lebih berpengaruh. Dalam hal ini zikir sangat membantu, sebab zikir merupakan makanan untuk pertumbuhan roh. Selama dia masih terus tumbuh dan berkembang, maka dia akan sampai ke tingkat Syuhud (penyaksian) (Ainul Yaqin dan Haqqul Yaqin), setelah sebelumnya berada ditingkat ilmu(ilmu Yaqin).

Dengan ini, dia akan mampu membuka tabir pandangan dan sempurnalah kesucian jiwa. Inilah yang disebut dengan Idrak (pengetahuan yang sebenarnya.) setelah itu, dia akan memperoleh pemberian Tuhan, ilmu ladunni dan kunci Ilahiah.”

Ibnu Khaldun melanjutkan, “Kasyaf banyak sekali di alami oleh ahli Mujahadah. Mereka dapat mengetahui hakikat hidup yang tidak diketahui oleh orang lain. Pada zaman dahulu, para sahabat melakukan Mujahadah seperti ini. Dan mereka banyak memperoleh Karamah (kemuliaan). Akan tetapi mereka tidak memperhatikan hal itu. Keistimewaan Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali yang berkaitan dengan masalah ini sangat banyak sekali. Dan mereka diikuti oleh ahli Tareqat, sebagaimana disebutkan dalam Kitab ar-Risalah al-Qusyairiyyah.” (Abdurrahman Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, hlm. 329.)

Kasyaf merupakan warisan Nabi Muhammad SAW yang benar yang diwarisi oleh para sahabatnya kerana ketulusan mereka, keyakinan mereka dan kesucian hati mereka. 

(Haqaaiq Anit-Tasawwuf: Syeikh Abdul Qadir Isa).

Dicatat oleh Pinangso Loro di 9:41 PG kalimah-kalimah-suci.blogspot.com

0 Comments:

Posting Komentar